Memperkasakan Kemahiran TVET di Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada coletahan kali ini kita akan mengetahui apa itu TVET. Apa itu TVET? adalah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasianal . Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Definisi TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan atau kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Skopnya perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, dan pendedahan kepada latihan di industri. TVET ini adalah pendekatan yang diterajui industri untuk menyediakan modal insan berkemahiran, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan apa ya...