PERBEZAAN ANTARA HDD,SSD DAN SSHD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada coretan kali ini adalah menerangkan perbezaan di antara SSD,HDD dan SSHD. Mesti anda tertanya-tanya apakah maksud SSD,HDD dan SSHD ini dan kegunaannya.

DISK CARD ATAU FLOOPY DISK(BONUS)

Kegunaan DISK CARD atau FLOOPY DISK adalah untuk menyimpan data-data di dalam komputer. Sebenarnya DISK CARD ini ciptaan pertama sebelum SD CARD(SECURE DIGITAL CARD).

 

HARD DISK DRIVE

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM atau pita. Diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956, pemacu cakera keras telah mengalami pengurangan kos dan pengecilan saiz secara fizikal disamping kapasiti storannya yang semakin meningkat.

 

SOLID-STATE DRIVE

Pemacu keadaan pepejal atau SSD (singkatan untuk solid-state drive) adalah sebuah peranti storan data yang menggunakan ingatan keadaan pepejal untuk menyimpan data kekal. Sebuah SSD meniru antara muka cakera keras lantas mudah menggantikannya dalam banyak aplikasi. SSD menggunakan SRAM dan DRAM (daripada menggunakan ingatan flash) sering dipanggil pemacu RAM, jangan dikelirukan dengan cakera RAM.

 

SOLID-STATE HYBRID DRIVE

Pemacu hybrid atau SSHD adalah peranti storan logik atau fizikal yang menggabungkan medium penyimpanan yang lebih pantas seperti pemacu keadaan pepejal (SSD) dengan pemacu cakera keras berkapasiti lebih tinggi (HDD). Tujuannya adalah menambahkan sedikit kelajuan SSD ke kapasiti penyimpanan HDD tradisional yang menjimatkan. Tujuan SSD dalam pemacu hibrid adalah untuk bertindak sebagai cache untuk data yang disimpan di HDD, meningkatkan prestasi keseluruhan dengan menyimpan salinan data yang paling sering digunakan pada SSD yang lebih pantas.

 

KESIMPULAN

SSD dan SSHD sudah banyak digunakan di dalam komputer dan laptop pada hari ini bagi memudahkan serta dapat memendekkan masa penyimpanan sesuatu data. Selain itu memori yang terdapat di dalam SSD dan juga SSHD adalah sangat besar berbanding dengan memori yang sebelumnya. Akhir sekali kekurangan untuk kedua-dua drive ini adalah senang untuk rosak kerna ia di bina dengan komponen yang sangat kecil berbanding dengan DISK CARD.



SETIAP COMMENT ANDA  AMAT DIHARGAI👍


Comments

  1. Xramai guna SSHD due to cost yg mahal. It is better to get SSD to run windows and HDD
    (aka hybrid) and simpanfile macam game, media and all dalam HDD. But, in comparison SSHD lagi slow daripada SSD. And SSHD lagi laju daripada HDD. Also don't forget to add NVMe technology for ssd and type rpm for hard disk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...sy amat hargai ilmu yg anda kongsi kn..

      Delete
  2. Another tips, as for HDD better reserve 100 gb or 50 gb free space.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Memperkasakan Kemahiran TVET di Malaysia

NURFLIX