Memperkasakan Kemahiran TVET di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada coletahan kali ini kita akan mengetahui apa itu TVET. Apa itu TVET? adalah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasianal. Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja
global.



Definisi TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan atau kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Skopnya perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, dan pendedahan kepada latihan di industri.

 

TVET ini adalah pendekatan yang diterajui industri untuk menyediakan modal insan berkemahiran, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan apa yang ada di dalam misi 2020 umtuk menjadi negara maju.

 

Dua intitusi yang terlibat dengan TVET telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi menyediakan latihan kemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua dan Institut Latihan Industri (ILP) Kuala Lumpur. Kini terdapat lebih daripada 500 institut TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.

 

Keistimewaan bagi program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan akedamik. Kelebihan ini berpontensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majiakn untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

 Sasaran TVET??

Terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam program TVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

 





semoga penerangan pada kali ini dapat membantu belia-belia diluar sana agar TVET ini dihidupkan pada negara kita


Comments

Popular posts from this blog

PERBEZAAN ANTARA HDD,SSD DAN SSHD

NURFLIX