IoT (Internet of Things)
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera
Kali ini saya ingin menerangkan
apa itu IoT serta kebaikan kepada negara kita.
INTERNET of Things atau sering disebut IoT yang dicetuskan Kevin
Ashton sekitar tahun 1999, adalah konsep jaringan komunikasi antara benda
sekeliling, menerusi internet yang tersambung secara terus-menerus.
IoT membabitkan peluasan
ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon
pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan
dikawal dari jauh.
Sejajar dengan perkembangan
teknologi ini, banyak syarikat perusahaan besar seperti Intel, Microsoft,
Oracle, Amazon Web Services, Cisco,Huawei dan LG berlumba-lumba mengeluarkan
produk berasaskan teknologi IoT.
Selain itu, penemuan Radio
Frequency Identification (RFID) pada tahun sama merancakkan lagi
pengkomersialan IoT.
RFID adalah sistem identifikasi
berasaskan sistem tanpa wayar yang memungkinkan pengambilan data tanpa
bersentuhan seperti kod bar atau kad magnetik. Permintaan tinggi juga menjadi
faktor produk IoT memenuhi pasaran.
Teknologi besar ini, termasuk
dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang memberi manfaat cukup besar
dalam kehidupan manusia hari ini. Antara industri utama mengaplikasi teknologi
IoT ialah industri peruncitan dan pengurusan bekalan.
Sistem ini memudahkan urusan jual
beli di pasar raya tanpa perlu beratur panjang. Bagi pemilik hotel, restoran
dan perniagaan, IoT membolehkan sistem bekalan lebih sistematik, mengurangkan
penggunaan tenaga kerja, sistem dagangan dan logistik yang lebih tersusun serta
penyelesaian berkesan kepada masalah kecurian.
Pemilik rumah juga mengambil
kesempatan manfaat IoT untuk menjadikan tempat tinggal mereka dikenali sebagai
Rumah Pintar (Smart House).
Kawal peralatan rumah
Pengguna dapat mengawal peralatan
seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu
dan peralatan asas lain, walaupun dari jarak jauh. Ini sekali gus menjadikan
kediaman selamat dan menjimatkan tenaga. Antara peneraju smart house berasaskan
IoT ialah Nest, Apple Home Kit dan Microsoft Home OS.
IoT juga diaplikasi pada bandar
pintar untuk membantu pengelolaan sampah di kota dan meningkatkan keberkesanan
seperti penggunaan tenaga. Terdapat banyak produk inovatif di pasaran yang
ditujukan kepada petani berfikiran ke hadapan yang dipanggil pertanian pintar.
Dengan hanya menggunakan telefon pintar, petani dapat memantau pelbagai keadaan
seperti kelembapan, suhu, udara, dan kualiti tanah.
Peranti IoT memberi kesan cukup
signifikan dalam sistem pemantauan kesihatan dengan menghantar notifikasi
secara jarak jauh. Contohnya untuk pemantauan tekanan darah, tekanan jantung,
pengambilan kalori, masa tidur dan lain-lain.
Alat ini sesuai diguna pakai,
terutama warga emas dan pesakit kronik. Ini membolehkan pemantauan dan
penjagaan berterusan bukan sahaja untuk pesakit, malah juga bermanfaat kepada
penjaga.
Dunia pendidikan juga menerima
impak besar kesan teknologi IoT dalam melestarikan sistem pendidikan yang
efisyen serta berdaya maju. Pakar teknologi sebulat suara menyatakan
pembelajaran menggunakan kandungan dalam talian yang berkualiti tinggi seperti
e-learning mampu menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang menguntungkan
pelajar dan pendidik.
IoT mengubah corak pengajaran dan
pembelajaran tradisi kepada lebih sofistikated dan moden. Ia juga meningkatkan
daya inovasi pelajar, sejajar dengan pemikiran pelajar Gen-Y sekarang.
Impak sistem pembelajaran
Fakulti Kejuruteraan Elektrik,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang tidak terkecuali mengadaptasi
teknologi ini dalam sistem pembelajaran.
Pelajar perlu menyiapkan projek
tahun akhir dengan memasukkan elemen IoT. Kesannya sangat menakjubkan apabila
mereka menghasilkan banyak projek seperti Smart House, Children Detector, RFID
Trolley System, Smart Garden, Gas Detector dan banyak lagi. Lebih membanggakan
projek IoT pelajar turut memenangi pertandingan inovasi pada peringkat
kebangsaan.
Adaptasi IoT tidak terhad kepada
sektor di atas sahaja. Ia juga digunakan secara meluas di sektor pengurusan
tenaga, pemantauan alam sekitar, pengurusan infrastruktur, automasi bangunan
dan rumah, sistem pengangkutan dan banyak lagi.
Hakikatnya, tanpa kita sedar
sebenarnya kita menggunakan beberapa perisian IoT dalam kehidupan seharian
seperti Lazada, Zalora, Shopee atau platform beli-belah dalam talian lain.
Revolusi ini dijangkakan bakal
memberi impak cukup besar dan signifikan kepada sektor ekonomi global. Industri
sebegini yang akan memulakan langkah memodenkan sektor ke arah pendigitalan
seiring dengan keperluan semasa.-bharian.com.my
Kesimpulan
Seperti yang kita lihat negara-negara maju telah
menggunakan IoT ini dalam pelbagai sektor termasuk perindustrian dan sistem
jana kuasa. Dengan IoT ini kita boleh mengendalikan sesuatu sistem dengan jarak
jauh serta dapat mengurangkan kos dan kehilangan nyawa.
Comment dan perkongsian anda amat
dihargai👍




Comments
Post a Comment