PERBEZAAN ANTARA HDD,SSD DAN SSHD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada coretan kali ini adalah menerangkan perbezaan di antara SSD,HDD dan SSHD. Mesti anda tertanya-tanya apakah maksud SSD,HDD dan SSHD ini dan kegunaannya. DISK CARD ATAU FLOOPY DISK(BONUS) Kegunaan DISK CARD atau FLOOPY DISK adalah untuk menyimpan data-data di dalam komputer. Sebenarnya DISK CARD ini ciptaan pertama sebelum SD CARD(SECURE DIGITAL CARD). HARD DISK DRIVE Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM atau pita. Diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956, pemacu cakera keras telah mengalami pengurangan kos dan pengecilan saiz secara fizikal disamping kapasiti storannya yang semakin meningkat. SOLID-STATE DRIVE Pemacu keadaan pepejal atau SSD (singkatan untuk solid-state drive)...